Mayat bayi dibungkus plastik, disumbat dalam beg (5 Gambar)

MAYAT bayi perempuan yang dibungkus di dalam beg plastik dan disumbat dalam beg galas ditemui seorang pemancing di atas rumput di Tasik Seksyen 6, Kota Damansara, 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mayat berkenaan ditemui pemancing warganegara Indonesia yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pemancing berkenaan menemui beg galas berwarna hitam yang ditinggalkan d atas rumput di tasik itu.

“Lelaki berkenaan kemudian membuka beg galas terbabit sebelum menemui beg plasti yang berisi mayat bayi perempuan.

“Lelaki berkenaan kemudian menghubungi rakannya sebelum bertindak menghubungi polis,” katanya.

Mohd Zani berkata, polis kini sedang menyiasat sama ada bayi berkenaan baru dilahirkan atau sebaliknya.

“Punca kematian akan ditentukan selepas proses bedah siasat selesai dijalankan,” katanya.

Sumber:terengganutimes