Masih Ingat Kes Budak 2 Tahun Bermalam Di Dalam Semak Seorang Diri. Pegawai Bomba Ini Ceritakan Detik Bagaimana Terjumpanya Mangsa Walaupun Pada Awalnya Gagal Ditemui!!


“Seorang jiran terlihat kanak-kanak itu keluar dari pintu hadapan rumah,” katanya sambil menambah ketika kejadian ibu mangsa berada di bilik air.

Ahli keluarga bersama-sama penduduk kampung cuba mencari kanak-kanak malang itu namun gagal sebelum bertindak menghubungi pihak bomba serta polis untuk mendapatkan bantuan.

“Rumah mangsa terletak dalam kawasan kebun getah, manakala di bahagian belakang kediaman itu ialah Sungai Padas,” katanya.

Healezry yang hanya bersinglet dan berseluar pendek ditemui sekitar jam 10.25 pagi dengan jarak 300 meter dari rumahnya.

Dikatakan anak bongsu daripada dua beradik itu merajuk selepas dilarang mengikuti ibunya, Moina Barahin, 27, mema­suki tandas yang berada di luar rumah kerana ingin membuang air kecil.

Rumah keluarga Healezry terletak kira-kira 36 kilometer dari Pekan Tenom, berada dalam persekitaran dipenuhi kebun getah dan hutan di bahagian hadapan rumahnya selain Sungai Padas di bahagian belakang rumah.

Aziz Ajap, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, berkata, kedudukan kanak-kanak itu dikesan apabila pihaknya mendengar tangisan kira-kira 3 minit di kawasan penemuan di Kampung Kuala Tolokoson, Kemabong, Tenom.

Ketika ditemui, Healezry itu berada dalam keadaan duduk sambil menangis dan pihaknya mengambil masa kira-kira dua minit bagi memujuk kanak-kanak lelaki terbabit sebelum membawanya keluar.

“Sebaik mendengar tangisan tersebut, kami memanggil nama­nya sebelum dia menyahut de­ngan bunyi suara uhhhh,uhhhh.

“Berdasarkan sahutan itu, kami cuba mengesan kedudukannya sebelum melihat kepala kanak-kanak berkenaan dalam rimbunan semak,” katanya.

Tambahnya, Healezry dilihat dalam keadaan letih akibat kelaparan selain keadaannya yang kotor dan comot.

 

Pegawai Bomba Cerita Detik Penemuan Budak Hilang 18 Jam

Sumber:https://kezoom.blogspot.my/2015/03/pegawai-bomba-cerita-detik-penemuan.html